HoMe

background

05 December 2011

OmBaK RiNdU

Ombak rindu filem yg mmg bg kesan kat aku...aku & dia pegi tgk ahad/04/12/2011...cite ni sgt tersentuh....nak2 pulak bila kuar lagu adira & hafiz tu....adoi....x tahan...puas gak la tahan air mata ni x bg kuar tp tetap kuar gak...sbb x nak bg dia nampak aku nangis aku diam je lam panggung tu sampai la abis cite....dah abis cite pon aku x sanggup nak tgk muka dia sbb takut dia perasan aku nangis....aku tgk movie ni dgn seseorang yg bg aku seorang yg sgt baik, penyabar n aku pon byk belajar sabar dari dia sejak dl lagi....mungkin sebab dia pendiam kot...thanks...byk kenangan aku ngan dia ms dl yg berada dalam hati aku...hmmm...x boleh lupe kenangan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ( Masjid Besi )

berbalik pada cite ombak rindu ni...antara dialog2 yg bg kesan masa mila ckp ngan izzah kat sawah ...."redha itu ikhlas pasrah itu menyerah" dan masa mila berdialog dgn izah di rumah mila.....mila : Cinta itu kejamkan...  Izah : Cinta Tak Kejam Cuma Manusia Yang Tak Pandai Menghargai Cinta...x tahan aku tgk muka lisa menangis...sbb dia terlalu sygkan hariz....tp dia mmg seseorg yg sgt kuat dan tabah....


setelah bermacam2 pengorbanan yg izzah hadapi...akhirnya dia mendapat kebahagiaan abadi....Ingatlah Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.....

AKU BAGI SINOPSIS CITE NOVEL NI YG AKU AMIK DARI WIKIPEDIA......
Ombak Rindu adalah sebuah novel berbahasa Melayu karya Fauziah Ashari. Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu.

Sinopsis
 
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

No comments:

Post a Comment